Sunday, January 4, 2015

TUTORIAL FTP PERCUMA - PERISIAN FTP PILIHAN ANDA (YOUR FTP SOFTWARE OPTION)

Terdapat 2 jenis perisian FTP yang terdapat di pasaran :
(a) berbayar (bersifat komersial)
(b) percuma (freeware)

Sebelum memulakan proses pemasangan, anda perlulah memuat turun (download) terlebih dahulu mana-mana perisian FTP yang anda sukai/gemari daripada laman web syarikat pengeluar.
Mana satu pilihan perisian FTP yang terbaik ? Berbayar atau yang percuma. Susah nak jawab soalan ini memandangkan setiap perisian mempunyai kekuatan (strength) dan kelemahan (weakness) yang tersendiri. Terpulanglah pada diri anda sendiri untuk memilih, menilai dan menentukannya. Secara asas dan praktikalnya, penggunaan FTP ini hampir sama antara satu sama lain , tidak kira anda guna perisian /aplikasi yang percuma maupun yang berbayar. Cuma yang berbayar mempunyai banyak ciri-ciri tambahan lain yang tidak terdapat pada versi percuma. Apapun tepuk dada tanya hati anda sendiri…… (saya tepuk dada, rasa sakit pulak tu….He…he….he…….).
FTP Percuma :















FTP Berbayar :



2. WS_FTP Professional (http://www.ipswitchft.com/)






4. FTP Explorer (http://www.ftpx.com/)

Saturday, January 3, 2015

TUTORIAL FTP PERCUMA - MENGAPA GUNA FTP ? (WHY USE FTP ?)

Mengapa ? Jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan adalah FTP merupakan aplikasi (apps) yang mempunyai banyak kelebihan dan kemampuannya yang tersendiri. Kelebihan menggunakan FTP adalah seperti berikut :





Friday, January 2, 2015

TUTORIAL FTP PERCUMA - APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN FTP ? (WHAT'S A DEFINITION OF FTP ?)


File Transfer Protocol (FTP) merupakan suatu perisian dan juga prosedur atau protokol jaringan piawai bagi memudahkan anda memuat naik (upload) atau memuat turun (download) sesuatu data (fail, folder,direktori dan sebagainya) daripada komputer anda (dikenali juga sebagai 'local host' atau 'local site') ke sesebuah webhosting (dikenali juga sebagai 'webserver @ remote site) dan begitulah sebaliknya.


Thursday, January 1, 2015

TUTORIAL FTP PERCUMA - PENGENALAN (INTRODUCTION)

Tahun 2014 telah kita tinggalkan dan tahun baru 2015 jadi galas ganti. Begitu cepat rasanya masa berlalu meninggalkan kita sama ada kita sedari ataupun tidak. 

Oklah….Bagi anda yang baru pertama kali mempunyai laman web atau blog, kemahiran menggunakan perisian File Transfer Protocol (FTP) ini bukanlah suatu perkara yang asing buat anda. Kemahiran menggunakannya meskipun hanya pada peringkat asas adalah satu keperluan / kemestian. Namun saya tahu & faham bahawa tidak semua masyarakat di luar sana tahu 100% proses membangunkan laman web atau blog. Ahh.....Fenomena ini biasa terjadi kepada individu yang baru menceburi dunia web & agak terkial-kial membangunkan sesebuah laman web atau blog (meskipun laman web atau blog yang dibina agak ringkas sahaja).

Menyedari hakikat dan permasalahan ini, maka saya tergerak hati untuk membangunkan satu gedung ilmu digital untuk membantu anda semua membangunkan laman web atau blog sendiri. Saya tahu anda mungkin teruja jika berjaya membina laman web atau blog hasil usaha titik peluh anda sendiri (tanpa bantuan sapa-sapapun). Buat permulaan, saya mulakan dengan mewujudkan blog ini yang menghidangkan info, panduan atau tutorial asas FTP secara percuma

Tutorial asas FTP percuma yang terdapat dalam blog ini amat sesuai untuk SESIAPA SAHAJA yang sudi menatapnya, terutama sekali bagi PARA PENGGUNA BARU / NEW USER / NEWBIE (amatur & belum 'expert' lagi). Takpe....tak pandai, kita boleh belajar sama-sama. Paling penting ada niat untuk belajar & terus belajar

Memandangkan salah satu usaha murni mewujudkan blog ini adalah untuk meningkatkan lagi kadar celik ICT (TMK) di kalangan pengguna baru, maka ia akan dihidangkan secara langkah demi langkah (step by step) beriringan dengan ilustrasi @ grafik yang bersesuaian. Penerangan komprehensif yang saya paparkan ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas lagi nyata buat anda semua (kalau dah baca banyak kali tapi masih tak faham lagi….tak tahulah saya nak cakap ape. Mungkin saya bagi ajaran sesat kot. He….he…..he…..).


Apapun, bersama-samalah kita memberi dan menerima serta memurni / menambah baik agar sesuatu ilmu itu terus berkembang dari semasa ke semasa. Yelah, segala disiplin ilmu di muka bumi ini milik mutlak Allah s.w.t. Semoga kita semua sama-sama mendapat keberkatan ilmu daripada apa jua ilmu yang kita ajari atau pelajari.

Saya menggunakan kesempatan ini untuk mengalu-alukan sebarang komen, ulasan dan cadangan membina daripada anda semua bagi menaik taraf atau memurnikan lagi blog ringkas ini. Kalau dilihat pada kebanyakan laman web atau blog saya, semuanya nampak ringkas (saya pun bukannya pandai sangat, tu..yang kena berguru lagi..He…hee…he..). Saya lebih mementingkan inti pati . isi kandungan (content) laman web atau blog berbanding reka bentuk dan sebagainya. Macam pepatah pernah berkata, ‘don’t judge the book by its cover’.

Diharap di akhir pengajaran nanti, anda sebagai PENGGUNA BARU / NEW USER / NEWBIE sekurang-kurangnya telah tahu asas & boleh menggunakan FTP dengan sebaiknya. Ini bertepatan dengan slogan blog ini, iaitu "Mudah Dipelajari, Senang Difahami". Salam perkenalan, selamat mencuba dan selamat maju jaya di atas segalanya.

Thursday, January 12, 2012

TUTORIAL FTP PERCUMA - MELAKUKAN PERUBAHAN PADA 'FILE PERMISSION'

1. Buka perisian FTP FileZilla. Lihat pada tetingkap webhosting (‘webserser’ @ ‘remote site’). Cari mana-mana fail / folder yang ingin anda cari (untuk diubah ‘file permission’nya). Gelapkan (‘highlight’) fail / folder tersebut. Klik sebelah kanan tetikus dan pilih ‘File permission…’.

2. Paparan Change file attributes muncul. Anda boleh setkan kebenaran (permission) pada diri sendiri (owner), kumpulan (group) atau awam (public). Anda juga boleh menentukan sama ada sesuatu fail itu hanya boleh dibaca (readable), boleh ditulis (writable) dan / atau dilaksanakan (execuatable). Lakukanlah sebarang perubahan kebenaran (permission) ini menerusi 2 cara, iaitu :

  • klik @ menandakan kotak radio Read, Write dan / atau Execute pada menu Owner, Group dan Public.
  • Menaip atau memasukkan nilai angka (tiga nombor) tertentu pada kekotak Numeric value : (seperti 644, 744, 644 atau nilai x).

Setelah anda berpuas hati, klik pada butang OK.

Nota : Sila klik pada rajah-rajah (ilustrasi) di atas bagi membesarkannya (melihat dalam saiz sebenar).