Tuesday, January 10, 2012

TUTORIAL FTP PERCUMA - LOKASI FAIL ATAU FOLDER LAMAN WEB / BLOG PERLU DITEMPATKAN / FILE / FOLDER OF LOCATION NEED TO BE PLACED

1. Sebelum anda muat naik (upload) semua bahan laman web / blog anda ke webhosting, anda perlulah terlebih dahulu mengetahui lokasi penempatannya dengan tepat. Jangan main belasah letak sesuka hati aje…heh..heh…hehh….Jika anda buat begitu, gerenti laman web / blog anda tak muncul-muncul meskipun anda ‘preview’ atau ‘refresh’ berkali-kali (sampai kiamatpun takkan boleh…kah..kah…kah……). Perlu diingat di sini bahawa ruangan FTP webhosting (‘webserser‘ @ ‘remote site’) juga mempunyai banyak direktori sama seperti mana yang terdapat dalam komputer (‘localhost’ @ ‘localsite’) anda. Hmmm… macam nilah……dalam direktori utama itu ada banyak direktori kecil. Dalam direktori kecil pula terdapat folder-folder dan dalam folder tu pulak ada banyak fail-fail (dalam pelbagai format). Jadi, anda kena tahu di mana lokasi yang sesuai dan tepat untuk menempatkan semua fail atau folder laman web atau blog anda itu.

Cuba klik pada direktori utama webhosting (‘webserser‘ @ ‘remote site’) anda (dalam contoh ini, saya menggunakan panel kawalan webhosting cPanel sebagai bahan / contoh tutorial). Anda akan mendapati bahawa dalam direktori utama ini, terdapat banyak direktori-direktori kecil seperti .cpanel, .fantasticodata, .htpasswds, .mozilla, sqmailattach, sqmaildata, .trash, accesslog, etc, fantastic-backup, mail, public_ftp, public_html, tmp dan www.

2. Dah bersedia. Oklah. Jika anda ingin menempatkan kesemua fail atau folder laman web / blog ke webhosting (‘webserser‘ @ ‘remote site’), cuba lihat direktori bernama public_html atau httpdocs atau www (direktori www merupakan pautan atau pintasan kepada public_html). Masukkan fail-fail atau folder-folder laman web atau blog anda di salah satu daripada 3 direktori di atas (jika tersilap muat naik fail-fail & folder ke direktori lain, maka laman web atau blog anda tidak akan muncul meskipun dipreview beberapa kali dengan mana-mana perisian browser). Ingat sekali lagi, anda hanya perlu muat naik (upload) kesemua data laman web atau blog anda ke salah satu daripada folder berikut, iaitu :

  • public_html atau
  • httpdocs / htdocs atau
  • www


3. Sekarang cuba kita perhatikan direktori bernama public_html dalam contoh di bawah. Direktori bernama public_html ini mengandungi 5 folder dan 35 fail [inilah semua fail dan folder laman web / blog yang telah berjaya dimuat naik (upload) menggunakan perisian FTP].

Oklah. Diingatkan sekali lagi anda janganlah sesekali masuk atau memuat naik (upload) apa jua fail atau folder laman web / blog anda ke dalam direktori selain public_html atau www atau httpdocs. Kalau anda dah jumpa salah satu direktori itu tadi, baharulah anda boleh tempatkan kesemua folder atau fail laman web / blog (berupa teks, audio, video, grafik / foto dsb). Bagi melihat hasilnya, saya galakkan agar anda mem’preview’ laman web atau blog yang anda bina tadi dengan menggunakan pelbagai perisian browser (seperti IE, Mozilla Firefox, Google Chrome atau Opera) bagi melihat kesesuaian atau keserasiannya. Selamat mencuba dan maju jaya. Huh..huh..huh….


Nota : Sila klik pada rajah-rajah (ilustrasi) di atas bagi membesarkannya (melihat dalam saiz sebenar).

No comments:

Post a Comment