Thursday, January 12, 2012

TUTORIAL FTP PERCUMA - MELAKUKAN PERUBAHAN PADA 'FILE PERMISSION'

1. Buka perisian FTP FileZilla. Lihat pada tetingkap webhosting (‘webserser’ @ ‘remote site’). Cari mana-mana fail / folder yang ingin anda cari (untuk diubah ‘file permission’nya). Gelapkan (‘highlight’) fail / folder tersebut. Klik sebelah kanan tetikus dan pilih ‘File permission…’.

2. Paparan Change file attributes muncul. Anda boleh setkan kebenaran (permission) pada diri sendiri (owner), kumpulan (group) atau awam (public). Anda juga boleh menentukan sama ada sesuatu fail itu hanya boleh dibaca (readable), boleh ditulis (writable) dan / atau dilaksanakan (execuatable). Lakukanlah sebarang perubahan kebenaran (permission) ini menerusi 2 cara, iaitu :

  • klik @ menandakan kotak radio Read, Write dan / atau Execute pada menu Owner, Group dan Public.
  • Menaip atau memasukkan nilai angka (tiga nombor) tertentu pada kekotak Numeric value : (seperti 644, 744, 644 atau nilai x).

Setelah anda berpuas hati, klik pada butang OK.

Nota : Sila klik pada rajah-rajah (ilustrasi) di atas bagi membesarkannya (melihat dalam saiz sebenar).

No comments:

Post a Comment