Saturday, January 7, 2012

TUTORIAL FTP PERCUMA - KONFIGURASI FTP (FTP CONFIGURATION)

Dah boleh terus guna ke perisian FTP yang telah dipasang (install) pada komputer tadi ? Belum lagi yea....Sabarrrrr....

Sebelum boleh menggunakan FTP, anda perlulah melakukan konfigurasi terlebih dahulu. Prosedur ini tidaklah sesusah manapun. Anda hanya perlu mengisi beberapa maklumat am sahaja. Segala maklumat am ini ada kaitan dengan webhosting yang anda gunakan. Biasanya apabila anda melanggan sesuatu webhosting, segala maklumat am berkaitan webhosting anda itu akan dihantar kepada anda (oleh syarikat penyedia webhosting) menerusi e-mel. Jadi jangan sesekali anda hilangkan maklumat tersebut. Sila semak semula inbox e-mel anda sewaktu membeli webhosting tersebut. Jika sudah hilang atau terpadam, minta jasa baik & budi bicara syarikat penyedia webhosting menge-melkan kembali maklumat tersebut (rujuk pada bahagian 'Help Desk' atau 'Support' - LiveChat / LiveSupport dsb.). Tanpa maklumat am tersebut, anda tidak boleh melakukan konfigurasi mudah pada FTP & seterusnya tidak boleh menggunakan FTP.

1. Buka perisian FTP FileZilla. Klik pada File --> Site Manager (atau tekan butang papan kekunci CTRL dan S secara serentak).


2. Paparan ‘Site Manager‘ muncul. Klik pada butang‘New Site’.

3. Taip pada 'My Sites' nama entri laman web / blog pilihan anda. Jika tidak bolej klik pada butang 'Rename' dan namakan entri laman web / blog pilihan anda (apa-apa nama yang anda sukai & yang paling penting ada kaitan dengan nama domain [domain name] atau 'niche' anda. Dalam contoh ini, saya namakan entri sebagai roticanaiterbang sekiranya nama domain saya ialah www.roticanaiterbang.com).


4. Klik pada menu General. Jika anda telah mempunyai maklumat am tentang webhosting anda, sila isikan maklumat-maklumat am pada perisian FTP seperti berikut :

Kaedah 1 :


Bagi FTP selain FileZilla ini, terdapat beberapa konfigurasi tambahan, di antaranya seperti berikut :

5. Seterusnya, klik pada butang OK. Seterusnya, jika hendak membuat akses (sambungan) ke wehosting (webserver @ remote site), klik pada butang ‘Connect’.


6. Anda juga boleh menggunakan sambungan pantas terus ke webhosting dengan menggunakan fungsi butang Quickconnect. Isikan terlebih dahulu maklumat-maklumat am tentang webhosting anda ke dalam ruang Host, Username dan Password (sama kaedah seperti langkah 4 yang diterangkan sebelum ini). Setelah itu tekan butang ‘Quickconnect’.


Menerusi langkah 5 dan 6 ini, sebenarnya akses atau sambungan ke webhosting (webserver’ @ ‘remote site’) telah boleh dicapai. Kini anda bebas melakukan pemindahan data (sama muat turun @ ‘download’ atau muat naik @ ‘upload’). Selamat mencuba & selamat berjaya ……...... :-)

7. Dah tamatpun pengajaran mengkonfigurasi FTP ini. Ini ada sedikit nota ringkas tambahan……..Sekiranya anda mempunyai nama domain (domain name) yang lain (selain nama domain sedia ada - dengan kata lain anda mempunyai lebih daripada 1 nama domain), sila klik pada butang ‘New Site’ dan namakan entri laman web / blog baru itu tadi. Anda boleh letakkan seberapa banyak entri laman web / blog yang anda mahu. Jadi dengan menggunakan sebuah perisian FTP sahaja, anda boleh mengakses pelbagai nama domain (domain name) menerusi hanya beberapa klik (oklah tu…semua di bawah 1 bumbung).


8. Jika anda ingin membuang mana-mana entri laman web / blog yang telah anda cipta sebelum ini, ‘highlight’ terlebih dahulu pada entri laman web atau blog yang ingin dihapuskan. Setelah itu, klik pada butang Delete. Apabila tetingkap ‘Delete Site Manager entry’ muncul, klik pada butang Yes.


Nota : Kaedah mengkonfigurasi FTP ini adalah sama sahaja meskipun anda menggunakan apa jua perisian FTP (sama ada perisian FTP percuma maupun berbayar). Jika ada perbezaan pun mungkin tidak begitu ketara sangat la….. (mungkin dari segi antarmuka, ciri-ciri tambahan tertentu dll.). So…jangan risau sangat la.. tentang perkara nie.



No comments:

Post a Comment